Program Nilai Jualan Semula Terjamin Mitsubishi Xforce

BAHARU HARI INI, 60% NILAI DIJAMIN SELEPAS 5 TAHUN

Nikmati ketenangan fikiran sama ada anda merancang untuk menaik taraf, memulangkan atau terus menggunakan Xforce anda pada tahun kelima. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan pelan pemilikan fleksibel yang memenuhi keperluan anda.

  • Terhad kepada 200 pelanggan pertama yang layak.
  • Manfaat Nilai Jualan Semula Terjamin (GRV) tertakluk pada syarat kelayakan kenderaan, pemeriksaan serta pematuhan terhadap terma dan syarat program.
  • Tertakluk pada terma dan syarat.

TAHUN 1

Pandu pulang Mitsubishi Xforce serba baharu

TAHUN 5

Nikmati jaminan 60% daripada nilai kereta anda

CARA PROGRAM INI BERFUNGSI

LANGKAH 1

BELI MITSUBISHI Xforce SERBA BAHARU
dengan pelan pembiayaan myimpact Drive Financing-i selama 9 tahun

Maybank Islamic logo

LANGKAH 2

NIKMATI KETENANGAN MINDA SEPANJANG 5 TAHUN MEMANDU Xforce
pastikan kenderaan anda sentiasa memenuhi syarat kelayakan sepanjang tempoh program

LANGKAH 3

PADA BULAN KE-57 MONTH
anda boleh memilih untuk:

  • Menjual kenderaan anda
  • Menjual kenderaan melalui Program Nilai Jualan Semula Terjamin (GRV) sebanyak 60%
  • Terus menggunakan kenderaan anda
5 PERKARA PENTING UNTUK MENGEKALKAN KELAYAKAN GRV 60% ANDA
  • Lakukan servis kenderaan hanya di pusat servis sah Mitsubishi Motors Malaysia
  • Pastikan jarak perbatuan kenderaan tidak melebihi 100,000 km
  • Pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan waranti kekal sah
  • Elakkan sebarang pengubahsuaian tanpa kebenaran
  • Elakkan pemindahan hak milik kenderaan
Sekiranya anda tidak pasti sama ada sesuatu tindakan boleh menjejaskan kelayakan GRV, sila hubungi Perunding Jualan anda sebelum meneruskan tindakan tersebut.

HOW TO EXERCISE YOUR GRV OPTION AT END OF YEAR 5

1

BERIKAN NOTIS KEPADA PUSAT JUALAN SAH MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA 90 HARI SEBELUM TAMAT TEMPOH 5 TAHUN (BULAN KE-57)

2

PEMERIKSAAN KENDERAAN (PEMERIKSAAN AWAL BOLEH DIATUR UNTUK MENGENAL PASTI PERKARA YANG PERLU DIBAIKI)

3

PENGESAHAN KELAYAKAN DAN NILAI JUALAN SEMULA TERJAMIN (GRV) OLEH MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA

4

PENYERAHAN KENDERAAN KEPADA MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA

5

PROSES PENYELESAIAN PEMBIAYAAN

Jika jumlah GRV melebihi
baki pembiayaan yang belum dijelaskan kepada bank
ATAU
Jika jumlah GRV kurang daripada
baki pembiayaan yang belum dijelaskan kepada bank
Mitsubishi Motors Malaysia membayar
jumlah GRV kepada pihak bank
Pelanggan membayar perbezaan jumlah
yang perlu dibayar kepada Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Motors Malaysia membayar lebihan jumlah kepada pelanggan
(untuk bayaran pendahuluan kenderaan Mitsubishi baharu)
Mitsubishi Motors Malaysia membayar jumlah GRV
berserta perbezaan jumlah yang perlu dibayar kepada pihak bank
6

PEMINDAHAN HAK MILIK KENDERAAN KEPADA MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA

SILA HUBUNGI PERUNDING JUALAN ANDA TERLEBIH DAHULU SEKIRANYA ANDA:

  • Berhasrat untuk menggunakan pilihan Nilai Jualan Semula Terjamin (GRV)
  • Mempunyai pertanyaan mengenai kelayakan kenderaan
  • Mengalami kejadian kemalangan, banjir atau kebakaran yang melibatkan kenderaan anda
  • Mengalami perubahan pada maklumat pemilikan kenderaan
  • Memerlukan penjelasan lanjut mengenai proses pemeriksaan kenderaan

SOALAN LAZIM

APAKAH PROGRAM NILAI JUALAN SEMULA TERJAMIN (GRV)?

Program GRV membolehkan pemilik berdaftar asal menjual semula kenderaan kepada Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pada akhir tahun kelima pada nilai yang telah dipersetujui terlebih dahulu, dengan syarat semua terma dan syarat program dipenuhi. GRV merupakan skim pembelian balik kenderaan dan bukannya jaminan pembayaran tunai.

Pada akhir tahun kelima, anda boleh memilih untuk:

  1. Menjual semula kenderaan kepada MMM; atau
  2. Menjual semula kenderaan kepada MMM dan menaik taraf kepada kenderaan Mitsubishi baharu; atau
  3. Terus memiliki kenderaan dengan menjelaskan baki pembiayaan; atau
  4. Meneruskan pembayaran melalui pelan pembayaran yang disemak semula.

Mitsubishi Xforce anda layak menerima:

  • 45% daripada harga atas jalan (OTR) asal sekiranya anda tidak membeli kenderaan Mitsubishi baharu; atau
  • 60% daripada harga atas jalan (OTR) asal sekiranya anda membeli dan mendaftarkan kenderaan Mitsubishi baharu pada tahun kelima.

Nilai GRV yang terpakai adalah tertakluk pada syarat kelayakan program dan peruntukan berkaitan nilai pasaran.

Ya, dengan syarat kenderaan memenuhi semua terma dan syarat program. GRV tertakluk pada:

  1. Syarat pemilikan kenderaan;
  2. Had jarak perbatuan;
  3. Syarat servis dan penyelenggaraan;
  4. Keadaan kenderaan;
  5. Pemeriksaan dan penilaian kenderaan; dan
  6. Terma dan syarat program yang lain.

Kegagalan memenuhi mana-mana syarat wajib boleh menyebabkan kenderaan tidak lagi layak menyertai Program GRV.

Program GRV direka untuk memberikan ketenangan fikiran terhadap penyusutan nilai kenderaan dan turun naik harga pasaran. Walau bagaimanapun, sekiranya nilai pasaran kenderaan jatuh di bawah 40% daripada harga pembelian asal pada tahun kelima, MMM boleh menggunakan nilai pasaran semasa dan bukannya nilai GRV 45% atau 60% yang dinyatakan, selaras dengan terma dan syarat program.

Sebarang nilai pasaran yang terpakai akan ditentukan oleh MMM menggunakan kaedah penilaian yang munasabah dan objektif berdasarkan rujukan pasaran yang diiktiraf.

MMM boleh menggunakan maklumat daripada satu atau lebih sumber penilaian yang diiktiraf, termasuk:

  1. Platform jual beli kenderaan dalam talian (contohnya Mudah dan Carlist);
  2. Data transaksi pengedar dan lelongan kenderaan (contohnya Carsome dan Carro);
  3. Penyedia perkhidmatan penilaian bebas (contohnya Autograb);
  4. Penanda aras penilaian daripada industri perbankan dan insurans/takaful; dan
  5. Data jualan kenderaan terpakai dalaman MMM.

Faktor seperti usia kenderaan, jarak perbatuan, keadaan, spesifikasi dan keadaan pasaran semasa juga boleh diambil kira.

Ya. Untuk mengekalkan kelayakan Program GRV, semua servis dan penyelenggaraan berjadual mesti dilakukan di pusat servis yang diberi kuasa oleh Mitsubishi, mengikut jadual penyelenggaraan yang disyorkan oleh Mitsubishi.

Servis atau pembaikan yang dilakukan di luar rangkaian pusat servis yang diberi kuasa oleh Mitsubishi boleh menjejaskan kelayakan GRV. Pengubahsuaian tanpa kebenaran seperti:

  1. Penalaan Unit Kawalan Enjin (ECU);
  2. Pengubahsuaian sistem suspensi;
  3. Pengubahsuaian struktur kenderaan;
  4. Pengubahsuaian sistem keselamatan; atau
  5. Manipulasi bacaan odometer;

boleh menyebabkan kenderaan tidak lagi layak menyertai Program GRV. Sekiranya anda tidak pasti sama ada sesuatu pembaikan atau pengubahsuaian boleh menjejaskan kelayakan, sila rujuk Perunding Jualan anda sebelum meneruskan tindakan tersebut.

Jarak perbatuan kenderaan tidak boleh melebihi 100,000 km pada akhir tahun kelima. Kenderaan yang melebihi had ini tidak lagi layak menyertai Program GRV. Pelanggan yang menjangkakan jarak perbatuan kenderaan akan melebihi had tersebut digalakkan untuk menghubungi Perunding Jualan mereka seawal mungkin bagi memahami implikasinya dengan lebih lanjut.

Kemalangan kecil tidak semestinya menyebabkan kenderaan hilang kelayakan secara automatik. Walau bagaimanapun, kerosakan akibat kemalangan serius, kerosakan struktur, banjir, kebakaran, pengisytiharan kerugian menyeluruh (total loss) atau kerosakan yang menjejaskan sistem keselamatan kenderaan boleh menyebabkan kenderaan tidak lagi layak menyertai Program GRV. Keadaan kenderaan dan kualiti pembaikan akan dinilai semasa proses pemeriksaan dan penilaian. Sila simpan semua rekod pembaikan serta dokumen insurans/takaful untuk rujukan.

Ya. Walau bagaimanapun, sebarang pemindahan hak milik sepanjang tempoh program boleh menyebabkan kenderaan tidak lagi layak menyertai Program GRV. Sekiranya anda bercadang untuk memindahkan hak milik atas sebab-sebab tertentu yang luar biasa, sila hubungi Perunding Jualan anda sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ahli keluarga, pentadbir harta pusaka atau wakil sah perlu menghubungi MMM untuk mendapatkan panduan mengenai proses dan dokumen sokongan yang diperlukan. Sebarang pemindahan hak milik tidak boleh dilakukan dan kelayakan tidak boleh dianggap kekal tanpa mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada MMM. Kelayakan akan dinilai berdasarkan keadaan khusus setiap kes serta syarat program yang ditetapkan.

NOTA PENTING: Contoh-contoh di atas adalah untuk panduan umum sahaja. Kelayakan akhir akan ditentukan berdasarkan terma dan syarat penuh program, rekod sejarah kenderaan, hasil pemeriksaan serta dokumen sokongan. Sila hubungi Perunding Jualan anda sekiranya anda tidak pasti sama ada sesuatu keadaan boleh menjejaskan kelayakan anda.