Search
Close this search box.

Notis Anti Rasuah & Anti Korupsi

Anti Rasuah & Anti Korupsi

Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (“Mitsubishi Motors Malaysia”) berkomitmen untuk menjalankan semua urus niaga, hubungan dan operasi dengan tahap etika dan integriti yang tertinggi sambil mengekalkan prinsip ketelusan dan keterbukaan. Mitsubishi Motors Malaysia juga mematuhi sepenuhnya semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan anti rasuah dan anti korupsi termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mitsubishi Motors Malaysia mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap semua bentuk rasuah serta korupsi, dan mengambil pendirian tegas menentang tindakan sedemikian.

Polisi Hadiah & Hiburan

Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa amalan memberi dan menerima hadiah perniagaan mungkin berbeza antara negara, kawasan, budaya dan agama.

Oleh itu, Mitsubishi Motors Malaysia menerima tindakan hiburan dan kemurahan yang munasabah dan sesuai (sama ada diberikan kepada ataupun diterima dari pihak ketiga) dengan syarat dan keadaan berikut:

  • Tidak dibuat dengan niat untuk mempengaruhi pihak yang menerimanya, untuk mendapatkan atau membalas kepentingan perniagaan atau sebagai pertukaran yang nyata atau tersirat untuk mendapat manfaat atau kebaikan.
  • Mematuhi undang-undang tempatan.
  • Tidak mewah, berlebihan atau meragukan.
  • Tidak termasuk wang tunai atau setara wang tunai (contohnya, baucar atau sijil hadiah).
  • Diberikan ataupun diterima secara terbuka dengan deklarasi dan kelulusan yang betul daripada pengurusan Mitsubishi Motor Malaysia dan tidak diberikan secara rahsia atau secara peribadi.
  • Sesuai dengan keadaan (contohnya, memberikan hadiah kecil semasa musim perayaan).

Pendedahan Maklumat

Pekerja, pegawai dan rakan niaga Mitsubishi Motors Malaysia serta orang awam digalakkan untuk mengemukakan kebimbangan tentang sebarang kesalahan, amalan buruk, tidak wajar atau perilaku yang tidak sah dalam Mitsubishi Motors Malaysia dengan mengisi dan menghantar Borang Maklumat Pendedahan dengan penuh keikhlasan melalui mana-mana saluran berikut.

Anda digalakkan untuk mengenal pasti diri dan menyediakan maklumat hubungan anda untuk membantu dengan siasatan dan mencegah pelaporan palsu ataupun pelaporan bersifat niat jahat. Mitsubishi Motors Malaysia memberi jaminan bahawa semua laporan akan dirahsiakan dengan ketat.

Mod Pelaporan Butiran Hubungan
1. Surat Sila masukkan borang tersebut ke dalam sampul beralamat dan tutup dengan rapat. Tandakan "Peribadi & Sulit" dan hantar kepada:

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA SDN. BHD. Level 6, Building A, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

Perhatian: Jawatankuasa Pendedahan Maklumat
2. Emel Alamat emel:
internalcompliance@mitsubishi-motors.com.my ATAUPUN
Chief Compliance Officer (CCO) di cco@mitsubishi-motors.com.my