Search
Close this search box.

Tukar Beli

Tukar Beli Paling 'Win'

Tukar beli bersama M-Switch dan nikmati nilai tambahan tukar beli sehingga RM2,000 untuk kereta lama anda!

Nikmati proses tukar beli yang lebih lancar dan telus, dengan penilaian kenderaan yang adil serta pemprosesan yang lebih pantas dari awal hingga akhir — semuanya direka untuk memudahkan dan memberikan lebih banyak ganjaran apabila anda menaik taraf kepada Mitsubishi.

Nilai tambahan tukar beli:

  • RM2,000 untuk kenderaan yang memenuhi kriteria jualan runcit
  • RM1,000 untuk kenderaan bernilai antara RM30,001 hingga RM70,000
  • RM700 untuk kenderaan bernilai antara RM10,001 hingga RM30,000
  • RM500 untuk kenderaan bernilai RM10,000 dan ke bawah

Kenapa Pillih M Switch?

Kami menerima semua jenama kenderaan dan menawarkan proses yang telus serta mudah, dengan penilaian yang kompetitif, pemeriksaan di lokasi anda dan urusan penyerahan yang lancar apabila anda menaik taraf kepada Mitsubishi baharu.

Pemeriksaan Percuma

Kami akan datang ke lokasi anda. Nikmati pemeriksaan dan penilaian kereta secara percuma pada masa yang sesuai untuk anda — tanpa caj dan tanpa kerumitan.

Penilaian Pantas pada Hari yang Sama

Dapatkan tawaran tukar beli anda pada hari yang sama. Buat tempahan pada waktu pagi dan ketahui nilai kereta anda sebelum penghujung hari.

Jaminan Harga Terkunci

Sebaik sahaja anda bersetuju, harga yang tersebut akan dikekalkan. Tiada caj tersembunyi atau kejutan pada saat akhir.

Memandu Kereta Semasa Sehingga Kereta Baharu Anda Tiba

Memandu kereta semasa anda sehingga Mitsubishi baharu anda sedia untuk diserahkan — agar rutin harian anda tidak terganggu.

Penyerahan Tanpa Kerumitan

Selepas penyerahan, kami akan menguruskan segala-galanya — daripada urusan perbankan hingga semua dokumentasi selepas proses tukar beli.

Proses Lancar dan Telus

Kami memastikan setiap langkah berjalan dengan lancar, cekap dan penuh keyakinan sepanjang proses tukar beli — itulah cara Mitsubishi.

Program M-Switch ditawarkan secara eksklusif di Lembah Klang sahaja. Untuk urusan tukar beli di luar Lembah Klang, sila kunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors yang berhampiran.

Serahkan urusan tukar beli kepada pakar kami dan pandu pulang dengan kenderaan yang baharu.

Serahkan urusan tukar beli anda kepada pasukan kami dan dapatkan nilai yang lebih baik melalui proses yang lancar serta telus. Manfaatkan tawaran istimewa M-Switch dan menjadikan pengalaman tukar beli anda lebih menguntungkan.

Lengkapkan borang permohonan di bawah
1. Maklumat peribadi & kenderaan tukar beli
2. Pilih wakil pengedar
Terma & Syarat
  • Kenderaan tukar beli mestilah bebas daripada kerosakan akibat banjir, kerosakan kemalangan serius dan sebarang pengubahsuaian struktur jenis 'potong dan sambung'.
  • Kelayakan adalah tertakluk pada pembelian dan pendaftaran sebuah kenderaan Mitsubishi baharu.
  • Kenderaan tukar beli yang didaftarkan atas nama ahli keluarga terdekat boleh diterima. Ahli keluarga terdekat merangkumi pasangan, ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik.
  • Kenderaan tukar beli yang didaftarkan atas nama syarikat boleh diterima dengan syarat pembeli merupakan pengarah berdaftar syarikat tersebut. Dokumen sokongan mungkin diperlukan untuk tujuan pengesahan.
  • Semua kenderaan tertakluk pada pemeriksaan, penilaian dan kelulusan akhir oleh penilai tukar beli yang dilantik.
  • Mitsubishi Motors Malaysia berhak untuk meminda terma dan syarat ini atau menentukan kelayakan mengikut budi bicaranya.