Search
Close this search box.

Penjagaan Pakar

Di Mitsubishi, ketenangan anda sentiasa menjadi keutamaan kami. “Kami Jaga” adalah janji kami untuk memberikan perlindungan dan pemilikan tanpa kerisauan, agar anda boleh fokus pada perjalanan, sementara kami menguruskan yang lain. Dengan kepakaran teknikal bertaraf dunia dan jaminan penggunaan alat ganti tulen, kami menawarkan pengalaman servis yang telus, premium dan mengutamakan keselamatan anda.

Nilai Sebenar Di Sebalik Setiap Servis

Ia bukan sekadar membaiki kenderaan anda tetapi melindungi keselamatan anda, mengekalkan prestasi Mitsubishi anda, dan memberikan ketenangan fikiran setiap kali anda memandu.

Alat Ganti Tulen Mitsubishi

Direka khas untuk kenderaan anda, perlindungan yang tahan lama.

Juruteknik Yang Diperakui

Pakar terlatih yang tahu apa yang terbaik untuk Mitsubishi anda.

Jaminan Waranti

Setiap kerja dan alat ganti disokong oleh jaminan Mitsubishi.

Penjagaan Menyeluruh

Setiap servis merangkumi pemeriksaan keselamatan dan prestasi.

Pakar Yang Tahu Apa Terbaik Untuk Mitsubishi Anda

Pakar Yang Tahu Apa Terbaik Untuk Mitsubishi Anda

Dilengkapi dengan sistem, pengetahuan dan peralatan terkini yang dibekalkan terus oleh Mitsubishi.

Daripada Triton yang lasak hingga Xpander terkini, kami memiliki pengetahuan mendalam merangkumi setiap generasi. Kami memahami kejuruteraan unik kenderaan anda untuk memberikan penjagaan yang tepat seperti diperlukan.

Kami mengendalikan setiap kenderaan seperti milik sendiri, memastikan setiap langkah memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti agar anda dan insan tersayang sentiasa selamat dalam setiap perjalanan.

Kepakaran Diiktiraf di Pentas Dunia

Kami bukan sekadar mencapai piawaian — kami menetapkan penanda aras. Mitsubishi Motors Malaysia berbangga dengan Ong Chee Hou, juruteknik kami yang diiktiraf sebagai terbaik dunia di Mitsubishi Global Service Skill Contest 2025.

Perjalanan Servis Mitsubishi Anda yang Lengkap

Servis tidak sepatutnya membebankan. Kami mempermudahkan segalanya supaya anda boleh terus fokus pada perjalanan. Daripada tempahan pantas melalui aplikasi hingga waktu berehat di ruang menunggu kami, setiap proses direka untuk berjalan lancar seperti pengalaman pemanduan anda.
01
Tempah
Dengan Mudah
Book With Ease
Buat temu janji segera melalui aplikasi Mitsubishi Connect MY.
Muat Turun Mitsubishi Connect MY
02
Sambutan
Mesra
Warm Welcome
Dapatkan konsultasi peribadi serta pemeriksaan kenderaan bersama Penasihat Servis kami.
03
Pemeriksaan
Profesional
Professional Inspection
Kami menjalankan pemeriksaan menyeluruh bersama anda untuk merekod keadaan kenderaan dan memastikan ketelusan sepenuhnya.
04
Nasihat Pakar
Servis
Expert Service Advisory
Kami memberikan cadangan serta anggaran kos yang jelas berdasarkan jarak perjalanan dan keadaan kenderaan anda.
05
Ruang
Rehat Premium
Premium Waiting Lounge
Bersantai di ruang menunggu kami dengan hidangan ringan dan Wi-Fi sementara kami menguruskan kenderaan anda.
06
Juruteknik
Pakar
Expert Technicians
Kereta anda akan diservis oleh juruteknik yang profesional menggunakan peralatan yang tepat dan kepakaran yang terbaik.
07
Hanya Alat
Ganti Tulen
Genuine Parts Only
Kami menggunakan 100% Alat Ganti Tulen Mitsubishi untuk menjamin keselamatan, prestasi dan perlindungan waranti.
08
Penyerahan
Yang Telus
Transparent Handover
Kami memberikan penerangan terperinci tentang semua kerja yang dilakukan, supaya anda memahami setiap butiran pada invois dan keadaan kenderaan anda.
09
Sedia Untuk
Mengembara
Ready to Hit the Road
Ambil semula kenderaan anda yang telah diservis, lengkap dengan laporan penyelenggaraan dan ketenangan fikiran untuk perjalanan seterusnya.

Kecemasan MA24 & Bantuan Trak Tunda

Kemalangan dan kerosakan tidak mengira masa. Hubungi kami bila-bila masa, siang atau malam, dan kami akan menghantar bantuan trak tunda untuk membawa kenderaan anda dengan selamat ke Pusat Servis Sah terdekat.

Ganjaran Eksklusif atas Kesetiaan Anda

Datang untuk kepakaran bertaraf dunia; pulang dengan ganjaran eksklusif. Nikmati baucar, rebat dan hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan anda. Kerana di Mitsubishi, kami bukan sekadar menjaga kenderaan anda tetapi kami membina hubungan yang berkekalan.

Baucar Servis & Rebat

Voucher

Hadiah & Koleksi Eksklusif

Exclusive Gifts

Aktiviti Menarik & Peraduan

Contest

Nikmati pengalaman servis yang mudah, telus yang direka untuk keselamatan anda.