Search
Close this search box.

Kerjaya

Sertai pasukan kami

Kami sentiasa mencari individu yang bermotivasi dan proaktif untuk menyertai pasukan kami. Jika anda rasa anda mempunyai kelayakan, ambil peluang ini dan hubungi kami sekarang.

Calon-calon yang berminat sila hantar resume penuh anda melalui e-mel atau pos, menyatakan gaji semasa dan jangkaan bersama dengan gambar bersaiz pasport terkini.

Pejabat

Human Capital Management Department Mitsubishi Motors Malaysia
Level 6, Building A, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2,40150, Shah Alam, Selangor.

Emel

hr@mitsubishi-motors.com.my

Faks

(603) 7622 2238

Senarai pekerjaan

Manager

Pengurusan Modal Insan

Tujuan jawatan ini adalah untuk menyelia dan mengurus pelbagai fungsi Pengurusan Modal Insan (HCM) secara menyeluruh, dengan pengalaman terbukti sebagai Rakan Perniagaan Sumber Manusia (HR Business Partner, HRBP). Calon perlu berkeupayaan memimpin pasukan, menerajui transformasi HR, serta memupuk budaya kecemerlangan. Anda akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi HR yang inovatif, memastikan keberkesanan operasi, dan meletakkan organisasi pada kedudukan yang kukuh untuk pertumbuhan serta kejayaan masa hadapan.

Internship

Pentabiran Korporat

Jawatan ini ditugaskan untuk mengambil peluang dalam membantu memperluaskan skop undang-undang, pematuhan dan kawalan dalaman di bawah Jabatan Tadbir Urus Korporat untuk menyokong pertumbuhan berterusan perniagaan dan operasi syarikat.

Internship

Percangan Produk

Jawatan ini ditugaskan untuk bekerjasama rapat dengan perancang produk dan pasukan Aksesori bagi membantu dalam perancangan, penyelarasan, dan pelaksanaan pelbagai aspek kitaran hayat produk. Peranan ini menawarkan peluang yang unik untuk mendapat pengalaman langsung dalam perancangan produk, analisis pasaran dan pengurusan projek dalam persekitaran yang dinamik dan inovatif.

Internship

Hal Ehwal Am & Penyelarasan

Tujuan jawatan ini adalah untuk menyokong jabatan dalam menguruskan tugasan pentadbiran harian seperti menjadi titik fokus kaunter hadapan, pengurusan pejabat dan fasiliti, serta pengurusan kenderaan. Peranan ini juga melibatkan membantu meningkatkan kecekapan aliran kerja dan menyokong fungsi utama dalam jabatan Hal Ehwal Am & Penyelarasan.

Internship

Pentadbiran Perniagaan - Kejuruteraan

Jawatan ini bertanggungjawab menyokong Pasukan Pengeluaran CKD dalam tugasan pentadbiran harian bagi memastikan aliran kerja berjalan lancar dalam organisasi. Tanggungjawab utama termasuk mengurus kemas kini data, menyemak dokumen, membantu kawalan dokumen seperti Pesanan Penghantaran, Pesanan Pembelian, dan Invois, menyokong acara jabatan, serta membantu penyediaan bahan untuk mesyuarat dan pembentangan.

Internship

Maklumat Perniagaan & Teknologi – Aplikasi Perniagaan dan Perusahaan

Tujuan jawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelatih IT yang bermotivasi untuk memperoleh pengalaman praktikal dengan teknologi terkini. Peranan ini menawarkan pendedahan kepada projek sebenar serta memberikan pengalaman dan pemahaman yang berharga dalam industri IT.

Internship

Maklumat Perniagaan & Teknologi – Infrastruktur Awan & Pengkomputeran Pengguna Akhir

Tujuan jawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelatih IT yang bermotivasi untuk memperoleh pengalaman praktikal dengan teknologi terkini. Peranan ini menawarkan pendedahan kepada projek sebenar serta memberikan pengalaman dan pemahaman yang berharga dalam industri IT.

Internship

Pengalaman Pelanggan & Pendigitalan

Tujuan jawatan ini adalah untuk melibatkan kerjasama rapat dengan pelbagai jabatan. Anda akan menjalankan pembersihan data dan membuat pengelasan (segmentasi) data berpotensi, serta membangunkan papan pemuka (dashboard) menggunakan Power BI bagi memvisualisasikan tahap kecekapan sasaran jabatan dan keseluruhan syarikat. Selain itu, anda juga akan bertanggungjawab merekod dan melaporkan kecekapan segmentasi data CDP, data aplikasi, serta prestasi statistik, di samping menyediakan laporan status.

Borang Permohonan Kerja

*Format fail diterima: .zip. Saiz fail maksimum: 5MB.