
Triton Championship Edition membawakan legasi kejayaan Mitsubishi dalam sukan permotoran ke jalan raya, menggabungkan DNA kejuruteraan yang terbukti dengan gaya reka bentuk yang lebih berani serta sentuhan eksklusif.
Diilhamkan daripada kejayaan Team Mitsubishi Ralliart menjuarai Asia Cross Country Rally (AXCR) 2026, edisi ini meraikan kekuatan, ketahanan dan keupayaan Triton merentasi pelbagai bentuk muka bumi. Meneruskan semangat seorang juara, Triton Championship Edition bersedia menemani setiap perjalanan dengan penuh keyakinan.

Kemenangan bukan sekadar detik kejayaan. Ia merupakan legasi yang dibina melalui keazaman, ketahanan dan kecemerlangan.
Daripada kemenangan keseluruhan pertama di AXCR pada tahun 2022, diikuti kejayaan meraih kejuaraan berturut-turut pada tahun 2025 dan 2026, Triton terus membuktikan kekuatan dan ketahanannya merentasi antara laluan rali paling mencabar di Asia.
Dengan tiga kemenangan kejuaraan keseluruhan, Triton Championship Edition meneruskan legasi kecemerlangan dalam sukan permotoran ini dengan penuh kebanggaan, meraikan semangat seorang juara sejati.
Asia Cross Country Rally (AXCR) menguji kejuruteraan Mitsubishi hingga ke tahap maksimum, menghasilkan pengalaman dan maklumat berharga daripada keadaan pemanduan yang ekstrem.
Pengalaman daripada sukan permotoran ini diterapkan dalam pembangunan Mitsubishi Triton standard, menyumbang kepada penambahbaikan dari segi ketahanan, pengendalian dan keupayaan merentasi pelbagai bentuk muka bumi. Membawa manfaat pengalaman rali ke dalam pemanduan harian.
KETAHANAN
Direka dengan kekuatan yang terbukti di medan rali.
PENGENDALIAN
Kawalan, keseimbangan dan kestabilan yang lebih baik.
KEUPAYAAN SEGALA BENTUK MUKA BUMI
Keyakinan merentasi pelbagai jenis permukaan dan bentuk muka bumi.
SENTUHAN EKSKLUSIF
Penampilan lebih berani dengan perincian eksklusif edisi istimewa.








Ketahanan lasak motorsport bertemu dengan kepelbagaian kegunaan harian.





Dapatkan Sarung Kunci Kereta eksklusif dan Pek Pelekat Motorsport.
