Search
Close this search box.

Progam Tukar Naik

Tawaran ekslusif kepada pemilik Triton!

Ucapan terima kasih istimewa kepada komuniti Triton yang setia kerana terus menyokong jenama Mitsubishi selama ini.

Untuk masa terhad sahaja, Mitsubishi Motors Malaysia menawarkan peluang kepada pemilik Triton untuk menaik taraf kepada model Triton Athlete atau Triton AT Premium terkini dengan set manfaat yang sukar ditandingi. Nikmati bayaran pendahuluan sifar dan ansuran bulanan yang mampu milik, menjadikan impian anda untuk memandu Triton idaman lebih mudah dari sebelumnya.

Kelayakan
  • Hanya terpakai kepada pemilik Triton sedia ada bagi semua varian dan tahun pengeluaran, dengan bukti pemilikan yang sah.
  • Program ini turut dilanjutkan kepada pasangan, anak-anak, ibu bapa, dan adik-beradik pemilik, tertakluk kepada penyerahan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Pendaftaran mesti dibuat antara 16 Julai 2025 hingga 30 September 2025.
  • Program ini boleh digabungkan dengan promosi rasmi semasa oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), namun pelanggan yang memilih program ini tidak layak untuk skim kerajaan.
  • Tukar beli adalah pilihan, namun nilai tukar beli mungkin berbeza. Pelanggan bertanggungjawab atas sebarang perbezaan antara nilai tukar beli dan nilai naik taraf.
  • Tukar beli boleh dibuat melalui program M-Cert (layak menerima sokongan M-Cert tertakluk kepada kelayakan), atau melalui mana-mana penyedia tukar beli pilihan pelanggan.