Search
Close this search box.

Peraduan Beli 1 Percuma 1 Xforce Ultimate

Tempah Mitsubishi Xforce dan rebut peluang untuk menang hadiah hebat!

Dari Februari - April 2026, buat tempahan Mitsubishi Xforce di mana-mana pengedar sah Mitsubishi atau melalui bilik pameran dalam talian Mitsubishi dan anda berpeluang memenangi hadiah yang pasti mengujakan!

Cara Penyertaan

LANGKAH 1

Tempah Mitsubishi Xforce Serba Baharu di mana-mana pengedar sah Mitsubishi atau melalui Bilik Pameran Dalam Talian Mitsubishi.

LANGKAH 2

Sertai sesi Q&A WhatsApp kami setiap dua minggu — lagi tinggi markah, lagi tinggi peluang untuk menang!

LANGKAH 3

Daftar kenderaan anda selewat-lewatnya pada Mei 2026.

Soalan Lazim

Model Mitsubishi manakah yang layak untuk kempen ini?
Hanya Mitsubishi Xforce layak sepanjang tempoh kempen.
Pemenang akan diumumkan di laman Facebook rasmi MMM dan dihubungi secara langsung oleh MMM dan/atau pengedar sah.

Tidak, anda tidak boleh. Walau bagaimanapun, pemenang Hadiah Utama boleh menamakan (mencalonkan) secara bertulis seorang individu/entiti bagi tujuan pendaftaran pemilikan kenderaan Hadiah Utama.

Tiada kos tersembunyi. Semua caj yang diperlukan (termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran) untuk mendaftarkan Hadiah Utama akan ditanggung oleh Mitsubishi Motors Malaysia.
Terma & Syarat
Pengenalan
  • Dengan menyertai peraduan Beli 1 Percuma 1 (“PERADUAN”), para peserta bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat PERADUAN (termasuk sebarang perubahan, pindaan, semakan, variasi dan pengubahsuaian) serta arahan daripada PIHAK PENGANJUR.
  • PERADUAN ini dianjurkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (“PIHAK PENGANJUR”).
  • Tempoh PERADUAN bermula dari Februari 2026 hingga Awal April 2026 bagi tempahan (“TEMPOH PERADUAN”). Sebarang tempahan dan/atau penyertaan pendaftaran yang lewat dan/atau tidak sah tidak akan dilayan.
Am
  • Dengan menyertai PERADUAN, peserta bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat PERADUAN serta keputusan PIHAK PENGANJUR. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, bantahan atau perbincangan berhubung mana-mana keputusan atau penentuan yang dibuat oleh PIHAK PENGANJUR tidak akan dilayan.
  • PIHAK PENGANJUR berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menukar, meminda, menyemak, mempelbagaikan, mengubah suai, menambah atau memadam mana-mana terma dan syarat PERADUAN pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dan peserta akan terikat dengan sebarang perubahan, pindaan, semakan, variasi, pengubahsuaian, penambahan atau pemadaman tersebut.
  • PIHAK PENGANJUR berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan, menangguhkan, mereka semula, menggantung, menunda atau menamatkan PERADUAN akibat sebarang keadaan yang tidak dijangka dan/atau keadaan di luar kawalan PIHAK PENGANJUR.
  • PIHAK PENGANJUR serta syarikat berkaitan dan bersekutu, pengedar sah, subkontraktor dan ejen-ejennya serta pengarah, pekerja, ejen dan kontraktor bebas masing-masing (“Pihak Berkaitan”) tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun dan walau bagaimana sekalipun (i) terhadap sebarang kos dan perbelanjaan, liabiliti, tuntutan, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan, sama ada secara langsung, tidak langsung atau sebaliknya, yang dialami atau ditanggung oleh peserta; (ii) sekiranya peserta/pemenang tidak dapat atau gagal dihubungi atas apa jua sebab; dan (iii) sekiranya berlaku kegagalan penerimaan, kelewatan atau kegagalan penghantaran sebarang notifikasi atau hadiah kepada peserta/pemenang.
  • Terma dan syarat PERADUAN hendaklah ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif.
Kelayakan
  • PERADUAN ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan individu Pemastautin Tetap (i) yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas; (ii) yang telah berjaya membuat tempahan dan mendaftarkan Mitsubishi Xforce baharu mengikut langkah-langkah penyertaan PERADUAN (seperti dinyatakan di bawah seksyen “Cara Penyertaan”) dalam TEMPOH PERADUAN.
  • PIHAK PENGANJUR serta syarikat berkaitan dan bersekutu, pengedar sah, subkontraktor dan ejen-ejennya serta pengarah, pekerja, ejen dan kontraktor bebas masing-masing, termasuk ahli keluarga terdekat, pengarah, pekerja dan kakitangan mereka, tidak layak menyertai PERADUAN.
Cara Penyertaan
  • Peserta mesti menempah Mitsubishi Xforce baharu melalui Mitsubishi Online Showroom (“MOS”) atau terus daripada mana-mana pengedar Mitsubishi yang sah sepanjang TEMPOH PERADUAN.
  • Peserta mesti menjawab soalan-soalan PIHAK PENGANJUR yang berkaitan dengan PERADUAN melalui saluran WhatsApp rasmi PIHAK PENGANJUR.
Butiran Hadiah ("HADIAH")
  • Hadiah Utama : Satu (1) unit kenderaan Mitsubishi Xforce Ultimate.
  • Hadiah Ke-2 : Satu (1) iPhone 17 Pro Max
  • Hadiah Ke-3 : Satu (1) iPad Pro cip M5 2025
  • Saguhati : Seratus (100) baucar servis, setiap satu bernilai RM500.00 sahaja *
  • Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) HADIAH sahaja.
  • HADIAH tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar ganti dan tidak boleh ditebus sebagai baucar/rebat tunai, mana-mana hadiah lain atau nilai tunai yang setara.
  • PIHAK PENGANJUR berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan, menukar atau mengubah HADIAH dengan hadiah lain yang bernilai sama, setara atau lebih tinggi tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta.
  • PIHAK PENGANJUR mempunyai budi bicara mutlak untuk membuat keputusan dalam mana-mana aspek PERADUAN (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembatalan kelayakan atau pengisytiharan tidak sah mana-mana penyertaan) dan keputusan PIHAK PENGANJUR adalah muktamad, mutlak dan mengikat. Rayuan tidak akan dilayan.
  • PIHAK PENGANJUR berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk melarang atau membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang dalam apa jua cara mengganggu, mengusik dan/atau terlibat dalam perlakuan tidak wajar yang menjejaskan PERADUAN atau pentadbiran PERADUAN dan/atau melanggar mana-mana terma dan syarat PERADUAN.
  • PIHAK PENGANJUR tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kejadian tidak diingini, kecederaan atau kemalangan yang mungkin berlaku semasa penghantaran atau penggunaan HADIAH di bawah PERADUAN.
Privasi & Persetujuan
  • Dengan menyertai PERADUAN dan memberikan data peribadi, peserta mengesahkan bahawa mereka telah membaca, memahami, mengakui, bersetuju dan memberikan persetujuan kepada Notis Privasi PIHAK PENGANJUR (seperti dimuat naik di laman web rasmi PIHAK PENGANJUR di https://www.mitsubishi-motors.com.my/ms/privacy-policy/).
  • Nama pemenang boleh diumumkan di laman web rasmi dan saluran media sosial PIHAK PENGANJUR.
  • Selain Notis Privasi PIHAK PENGANJUR, peserta selanjutnya mengakui, bersetuju dan memberikan persetujuan bahawa PIHAK PENGANJUR dan Pihak Berkaitan mempunyai segala hak, milikan dan kepentingan, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengumpul, memiliki, menggunakan, menggunakan semula dan mengubah suai identiti, rupa, imej, foto, gambar dan seumpamanya (sama ada pegun atau bergerak) yang diambil (“Imej”) untuk tujuan penerbitan, pemasaran, pengiklanan, komersial atau tujuan berkaitan lain dalam apa jua media dan bahan (sama ada digital atau sebaliknya) berhubung PERADUAN seperti yang dianggap sesuai oleh PIHAK PENGANJUR dan Pihak Berkaitan, tanpa sebarang bayaran atau pampasan dan tanpa notis kepada peserta. Peserta dengan ini secara tidak boleh ditarik balik, tanpa syarat dan secara sukarela bersetuju dan berjanji (i) untuk melepaskan, membebaskan, mengetepikan, mengecualikan, menanggung rugi, terus menanggung rugi dan melindungi PIHAK PENGANJUR dan Pihak Berkaitan daripada dan terhadap sebarang dan semua liabiliti bagi semua tuntutan, kerugian, kerosakan, punca tindakan dan liabiliti lain yang ditanggung atau dialami oleh PIHAK PENGANJUR dan Pihak Berkaitan daripada atau berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan atau pengubahsuaian Imej; dan (ii) tidak akan mengambil sebarang tindakan atau membuat sebarang tuntutan terhadap PIHAK PENGANJUR dan Pihak Berkaitan berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan atau pengubahsuaian Imej.