Di bawah undang-undang perlindungan data, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (“Mitsubishi Motors“) dan ahli gabungan dan/atau syarikat sekutunya, termasuk pengedar Mitsubishi Motors (“kami“) dikehendaki memberi individu yang data peribadinya kami kumpul dan proses dengan maklumat tertentu tentang siapa kami, bagaimana kami memproses data peribadi anda dan untuk tujuan apa, serta hak anda berhubung dengan data peribadi anda. Anda mungkin diminta untuk menyatakan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini apabila kami mengumpul atau meminta data peribadi anda
Kami mungkin mengumpul, memproses dan menggunakan jenis data peribadi berikut tentang anda:
Kami mungkin mengumpul dan memproses data tentang anda dengan cara berikut:
Pemberian data peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, tanpa data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk dan/atau perkhidmatan tertentu kepada anda.
Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda apabila undang-undang membenarkan kami berbuat demikian yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut:
Sekiranya anda membuat permohonan atau menyatakan minat terhadap kemudahan sewa beli (hire purchase) atau sebarang pengaturan pembiayaan lain yang berkaitan dengan kenderaan kami, anda dengan ini secara nyata bersetuju bahawa institusi kewangan dan bank dibenarkan untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kami bagi tujuan yang berkaitan dengan permohonan pembiayaan sewa beli (hire-purchase financing) tersebut, serta memberi persetujuan kepada kami untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini.
Kami mungkin menyimpan data peribadi anda selama diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulannya, atau sebagaimana yang diperlukan atau diizinkan oleh undang-undang yang terpakai. Kami akan melupuskan data peribadi anda, atau memadam cara-cara yang membolehkan data tersebut dikaitkan dengan anda, secepat mungkin apabila munasabah untuk menganggap bahawa penyimpanan tersebut tidak lagi berfungsi untuk tujuan data peribadi itu dikumpulkan, atau tidak lagi diperlukan untuk tujuan seperti yang dinyatakan di atas.
Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang dinyatakan di bawah untuk tujuan yang dinyatakan dalam Privasi Notis ini:
Pihak ketiga tersebut mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia dan penerimaan anda terhadap Notis Privasi ini menunjukkan persetujuan anda untuk pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia untuk tujuan ini. Setiap kali kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia, pemindahan tersebut akan dilakukan selaras dengan PDPA dan kami akan memastikan tahap perlindungan yang serupa diberikan kepadanya dengan memastikan sekurang-kurangnya salah satu daripada langkah perlindungan berikut dilaksanakan:
Untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risko serupa secara tidak sengaja, menyalahi undang-undang atau tanpa kebenaran, kami telah melaksanakan langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai untuk memastikan keselamatan semua penyimpanan dan penghantaran data peribadi oleh kami. Selanjutnya, kami mendedahkan data peribadi secara dalaman dan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga and ejen yang dibenarkan hanya berdasarkan keperluan untuk mengetahui. Anda harus menyedari, walau bagaimanapun, bahawa tiada cara penghantaran melalui internet atau cara penyimpanan elektronik yang selamat sepenuhnya. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha untuk melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa mengkaji semula dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan maklumat kami.
Notis Privasi ini kali terakhir dikemas kini pada dan berkuat kuasa sejak 6 Februari 2026. Notis Privasi ini mungkin berubah dan jika ini berlaku, perubahan akan disiarkan pada halaman ini.
Notis Privasi ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.