Search
Close this search box.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Memberi balik kepada komuniti

Sebagai sebuah syarikat automotif, kami sentiasa menyedari bahawa kejayaan tidak hanya boleh diukur oleh kenderaan yang kami hasilkan, tetapi juga oleh kehidupan yang kami tingkatkan sepanjang perjalanan. Oleh itu, Mitsubishi Motors Malaysia terus komited untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dengan menggunakan kekuatan inovatif untuk peningkatan yang lebih besar dalam masyarakat, alam sekitar dan pada akhirnya, dunia.

Alam sekitar

Alam sekitar

Mitsubishi Motors Malaysia telah bekerjasama dengan ReefCheck Malaysia (RCM), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berdedikasi dalam pemuliharaan terumbu karang serta pengurusan alam sekitar marin secara lestari di Malaysia, untuk melaksanakan aktiviti pemulihan terumbu karang di Pulau Tioman, yang terletak di pesisir timur Semenanjung Malaysia.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memulihkan semula terumbu karang, malah turut meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar marin dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Bersama-sama belia tempatan, kami telah menjalankan aktiviti penanaman karang dari Oktober 2024 hingga Januari 2025, diikuti dengan aktiviti pembersihan berkala serta pemantauan dari Januari hingga Mac 2025.

MMM terus komited dalam melaksanakan aktiviti sumbangan sosial bagi membantu memelihara khazanah alam semula jadi Malaysia yang kaya dan berharga.

Antara 10 hingga 13 Oktober 2024, Mitsubishi Motors Malaysia telah menganjurkan siri Aktiviti Penglibatan Kakitangan yang bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan penglibatan komuniti.

Program ini merangkumi Aktiviti Pembersihan Pantai untuk mempromosikan pantai yang lebih bersih serta Rumah Hijau untuk menyokong amalan lestari dan inisiatif hijau.

Mitsubishi Motors Malaysia bersama Triton Tuners Club Malaysia (TTCM) dan Pengedar Rasmi MMM Eon Auto Mart dan Sing Kwung Jidosha baru-baru ini menanam 100 pokok di Stesen Penyelidikan FRIM Selandar, Melaka.

Sebagai sebahagian daripada program CSR MMM dan misi - 'Mengilhami Kehidupan Hari Ini untuk Besok yang Lebih Baik', MMM bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab dan kepentingan persekitaran hijau. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan dan mendidik tentang kepentingan alam sekitar dan manfaatnya untuk kehidupan lestari.

Program Mitsubishi e-Heroes bertujuan untuk mempromosikan kesedaran mengenai Kenderaan Elektrik dan amalan mesra alam ke arah bumi yang lebih hijau di kalangan generasi muda Malaysia. Program Mitsubishi e-Heroes merangkumi semua perkara berkaitan Elektrik, Tenaga, Alam Sekitar dan Bumi.

Sejak tahun 2012, Mitsubishi Motors telah bekerjasama dengan beberapa rakan seperti Petrosains dan KidZania dengan menawarkan perjalanan  kereta elektrik yang menyeroronokkan kepada kanak-kanak untuk mempromosikan kesedaran tentang peranan mereka dalam mewujudkan masa depan yang lebih mesra alam. Sehingga kini, program Mitsubishi e-Heroes telah memberi manfaat kepada lebih daripada 106,000 kanak-kanak.

Pada Mac 2017, Mitsubishi Motors Malaysia menyumbangkan sebuah Trak Pikap Mitsubishi Triton 4x4 kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk menyokong pemuliharaan Orangutan dan Hidupan Liar. Dikenali untuk pelbagai acara lumba di luar jalan yang mencabar, Triton akan membantu Jabatan Perhutanan Sarawak dalam pengembaraan penyelamatan mereka.

CEO Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi dalam ucapan beliau pada acara tersebut berkata, "Mitsubishi Motors berbangga untuk membantu dan menyokong Jabatan Perhutanan Sarawak, sebuah organisasi yang mengabdikan masa mereka untuk tujuan yang baik. Kami memahami usaha mereka dalam menyelamatkan hidupan liar pelbagai spesies yang dibawa ke Pusat Hidupan Liar Matang untuk tujuan pemulihan."

Dengan menyelamatkan dan melindungi hidupan liar yang terancam, Mitsubishi Motors telah mengambil langkah lain ke arah matlamat mereka: menggunakan kekuatan inovatif syarikat untuk peningkatan yang lebih besar dalam masa depan yang lestari.

Komuniti

Komuniti

Pada September 2025, Mitsubishi Motors Malaysia telah bekerjasama dengan Triton Tuners Club Malaysia (TTCM) serta enam agensi kerajaan PeSPA, FRIM, JAKOA, APM, JAIS, dan Jabatan Perhutanan bagi melaksanakan misi kemanusiaan di Gerik, Perak.

Misi ini memberi sokongan kepada komuniti Orang Asli melalui penyampaian bantuan makanan, perubatan, pakaian, serta pembinaan tandas dan kemudahan air. Aktiviti tambahan turut merangkumi bengkel penanaman pokok buah-buahan, pemeriksaan kesihatan, dan sesi pendidikan kebersihan.

Dengan jarak perjalanan melebihi 900 km dari Kuala Lumpur dan menempuh 47 km laluan ekstrem luar jalan raya, inisiatif ini membuktikan komitmen MMM dalam menyokong komuniti yang kurang mendapat perhatian serta ketahanan lasak model baharu Mitsubishi Triton.

Mitsubishi Motors Malaysia berbesar hati dapat menyokong Kechara Soup Kitchen Society Malaysia (KSKSM) pada 29 Ogos 2025 dengan sumbangan berikut:

  • 35 komputer riba terpakai — yang telah dibaik pulih sepenuhnya dan dipasang dengan perisian penting bagi membantu pelajar kurang berkemampuan meneruskan perjalanan pembelajaran mereka.

  • Sumbangan tunai RM9,000 — bagi membantu Kechara dalam melaksanakan inisiatif berimpak tinggi, termasuk bantuan makanan, kebajikan, dan bantuan perubatan.

MMM berbangga dapat berdiri seiring bersama Kechara dalam misi mereka menjaga golongan yang memerlukan serta memberi peluang kepada lebih banyak keluarga untuk menuju masa depan yang lebih cerah.

Mitsubishi Motors Malaysia telah menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada setiap tiga organisasi bukan berasaskan keuntungan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menyokong komuniti yang kurang mendapat perhatian.

Penerima:

  • Saint John Ambulance Malaysia – Sebuah organisasi sukarela yang mempromosikan perkhidmatan kesihatan komuniti

  • Global Peace Foundation Malaysia – Sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyokong komuniti Orang Asli

  • Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia) – Sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan bantuan dan perkhidmatan kepada pesakit kanser

Sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mobiliti dan aksesibiliti di kawasan luar bandar serta kawasan yang mencabar dari segi geografi. Triton yang disumbangkan akan digunakan bagi mengangkut bekalan penting, menyampaikan perkhidmatan bergerak, serta menyediakan pengangkutan perubatan untuk pesakit dan penjaga yang menghadiri rawatan serta pemeriksaan.

MMM akan terus berusaha mengurangkan jurang dalam akses kepada perkhidmatan kesihatan serta menyokong komuniti tempatan dan masyarakat Orang Asli.

Pada Februari 2025, satu sistem air berkuasa solar telah disumbangkan kepada komuniti Orang Asli di Kampung Bukit Serok Lama, Bandar Tun Razak, Pahang.

Manfaat utama inisiatif CSR ini termasuk:

Akses kepada Air Bersih: Sumbangan sistem air berkuasa solar ini membolehkan komuniti Orang Asli di Kampung Bukit Serok Lama mendapat bekalan air bersih.

Peningkatan Produktiviti: Dengan memastikan sumber air bersih yang berterusan, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti komuniti Orang Asli.

Penglibatan Komuniti: Sukarelawan bantu memasang sistem paip dan berinteraksi dengan komuniti, sekali gus memupuk semangat kerjasama dan sokongan.

Mitsubishi Motors Malaysia menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan ambulans melalui sumbangan peralatan komunikasi dan perubatan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia.

Majlis penyerahan rasmi telah berlangsung pada 28 Ogos 2024 di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia di Kuala Lumpur, dan dirasmikan oleh En. Ilham Helmi Bin Izzat dari Mitsubishi Motors Malaysia serta Haji Hakim Bin Haji Hamzah dari Bulan Sabit Merah Malaysia.

Inisiatif ini merangkumi sumbangan tunai sebanyak RM35,475.00 serta penajaan peralatan penting seperti 8 pengusung tangga dan 16 walkie-talkie yang bertujuan meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Mitsubishi Motors Malaysia menyumbangkan sistem solar berkuasa tinggi untuk memberikan akses kepada tenaga solar di ruang komuniti Orang Asli atau biasanya dikenali sebagai Rumah Adat.

Sumbangan tersebut dilakukan melalui Yayasan Kesejahteraan Global, sebuah organisasi bukan untung (NGO) dengan misi untuk membina komuniti Orang Asli yang padu dan serba boleh.

Ketidakupayaan untuk mendapatkan grid elektrik di rumah-rumah dan ruang komuniti Orang Asli membawa risiko kesihatan, kos tenaga yang tinggi dan impak alam sekitar. Untuk memiliki cahaya dalam malam, api unggun sering dibuat dengan membakar buah palma kering yang menghasilkan banyak asap yang menyebabkan batuk dan mata berair di kalangan penduduk kampung, terutamanya kanak-kanak.

Mitsubishi Motors Malaysia telah menyumbangkan sebuah trak pikap Triton 4×4 kepada Sekolah Ladang Dignity, sebuah pusat pembelajaran holistik dan komuniti bagi golongan miskin bandar yang kurang bernasib baik. Sekolah ladang ini terletak di Bentong, Pahang.

Trak pikap Triton 4×4 telah diserahkan pada minggu pertama Oktober oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. Ia akan digunakan untuk operasi harian ladang dan untuk mengangkut Orang Asli ke sekolah tempatan di mana mereka akan diberi program pendidikan belia transformatif yang bertemakan pembangunan komuniti, pertanian semula jadi dan pembangunan kemahiran.

Mitsubishi Motors Malaysia sekali lagi menyumbang kepada usaha bantuan COVID-19 untuk memerangi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Syarikat hari ini meminjamkan tiga kenderaan Mitsubishi serta menyumbangkan RM20,000 kepada Mercy Malaysia untuk membeli 400 unit pakaian Tyvek bagi barisan hadapan. Bantuan tersebut telah diedarkan kepada tiga Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Melawati, Stadium Jugra dan Klinik Kesihatan Gombak Setia. Mitsubishi Motors juga membeli barang keperluan bernilai RM43,000 untuk sebuah CAC di Hulu Langat.

Mitsubishi Motors Malaysia, menyumbangkan sebuah trak pikap Triton 4×4 kepada INSAF Malaysia, sebuah organisasi bukan untung (NGO) yang menjalankan usaha kemanusiaan. Triton ini akan digunakan untuk menjalankan beberapa program di bawah INSAF Malaysia terutamanya untuk membantu pengangkutan pelbagai jenis bahan makanan bagi mereka yang menjadi mangsa kemiskinan akibat bencana alam.

Antara program NGO termasuk pengedaran food bank, bekas makan tengah hari dan beg beras kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan dan program 'Meals on Wheels' di mana makanan disalurkan kepada golongan warga emas yang ditinggalkan atau tinggal seorang diri. NGO ini juga membina rumah perlindungan untuk mereka yang terjejas oleh bencana alam dan memerlukan tempat tinggal.