Search
Close this search box.

Hubungi Jualan Korporat

Pasukan pakar jualan korporat kami yang bertempat di seluruh Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan anda untuk mencari penyelesaian kenderaan bagi syarikat anda.

Nombor Umum
Talian Khidmat Pelanggan
Alamat Pejabat Pusat

Level 6, Building A, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

Pertanyaan Armada

Sila isi maklumat anda dalam borang di bawah untuk sebarang pertanyaan mengenai Jualan Korporat Mitsubishi, Pertanyaan anda akan dijawab secepat mungkin.

Pengedar Armada 3 Diamond

Kami menawarkan pengedar armada Mitsubishi Motors yang terbaik di Malaysia untuk menguruskan keseluruhan kenderaan syarikat anda.

EON Auto Mart

EON Auto Mart, ditubuhkan pada Oktober 2003, adalah anak syarikat EON Berhad bawah Kumpulan DRB-HICOM. Pada tahun 2005, EON Auto Mart menjadi pengedar sah pertama Mitsubishi Motors Malaysia.

Sehingga kini, kami mempunyai 9 cawangan di seluruh negara yang diwakili di kebanyakan bandar utama, menjadikan EON Auto Mart pengedar dengan rangkaian Mitsubishi Motors Malaysia yang terluas. Kami menyediakan 9 lokasi di Malaysia dengan 7 cawangan beroperasi sebagai pusat 3S. Kedai Badan & Cat kami yang sah terletak di Kota Damansara, Ampang, Kota Kinabalu dan Johor Bahru. Kami juga mempunyai Cawangan Servis Bebas yang terletak di Pengerang.

Ingress Motor Centre

Kami adalah anak syarikat Ingress Corporation Berhad di bawah Bahagian Pengedar Automotif, dan dikenali sebagai Ingress Motors Centre Sdn Bhd (IMC). Ditubuhkan pada Februari 2013, IMC adalah peneraju terkemuka dikalangan pengedar-pengedar sah Mitsubishi Motors Malaysia. Kami telah berkembang menjadi pengedar yang bereputasi tinggi, dengan kehadiran di empat (4) buah lokasi di seluruh Lembah Klang iaitu di Bandar Bukit Puchong (3S), Bangi Seksyen 8 (Bilik Pameran), Bangi Seksyen 13 (Pusat Servis dan Badan & Cat), Shah Alam Seksyen 23 (3S) dan Petaling Jaya Seksyen 51A (3S).

Di IMC, servis kami tidak terhenti pada penjualan kereta, tetapi bersedia menawarkan perkhidmatan yang berterusan. Dan itulah yang membezakan kami daripada persaing kami yang lain. Kami komited sepenuhnya bagi memastikan 100% kepuasan pelanggan . Setelah bertahun-tahun kami mempraktikkan cara yang betul, itulah sebabnya ia telah menjadi sebahagian daripada budaya kami untuk memastikan anda berada dalam persekitaran yang paling mesra, selesa dan jujur. Kami akan berusaha lebih keras untuk menunjukkan betapa kami menghargai perniagaan anda bersama-sama kami.

Kah Classic Auto

Ahli kumpulan Oriental Holdings Berhad & syarikat bersaudara Boon Siew Sdn. Bhd. Jika anda sedang mencari tawaran hebat untuk Mitsubishi baharu anda, di sinilah tempatnya. Jika anda memerlukan perkhidmatan profesional untuk Mitsubishi anda, juruteknik terlatih kami bersedia menawarkan khidmat terbaik untuk anda.

Kami adalah pengedar yang memenangi anugerah cemerlang, dan kakitangan kami yang berpengalaman komited untuk membantu anda mencari solusi terbaik untuk memenuhi bajet dan keperluan anda. Kami sentiasa memenuhi keperluan automotif di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan diiktiraf sebagai salah satu ahli di bawah Program “3-Diamond Corporate Fleet” yang dilantik oleh Mitsubishi sebagai pengedar khusus mengendalikan jualan korporat di seluruh negara.

Lofty Ambition

Lofty Ambition Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2013 oleh Encik Sam Chang, salah seorang yang tercalon sebagai orang yang paling berjaya di Malaysia oleh British Publishing House dalam buku mereka berjudul “Successful People In Malaysia 2nd Edition”.

Lofty Ambition memberi tumpuan kepada jualan dan penyelenggaraan automotif. Pengalaman bertahun-tahun bersama rakan kongsi strategik telah melengkapkan syarikat dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul untuk menawarkan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi kepada pelanggannya.

Lofty Ambition beriltizam menjadi penyedia sehenti yang lengkap dengan menawarkan perkhidmatan daripada penjualan kenderaan dan alat ganti, pembaikan dan penyelenggaraan, kerja mengecat, pengubahsuaian kenderaan & kerja badan, pembaharuan insurans, serta perkhidmatan penyelenggaraan am seperti penjajaran tayar dan roda serta pengimbangan.

Lofty Ambition mempunyai rangkaian perkhidmatan yang kukuh termasuk sebuah pusat 4S dan 2 pusat 3S di Perak dan akan terus mengembangkan perniagaannya pada masa akan datang.

Okuan Motors

Okuan Motors Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 23hb Julai 2015 di Lot 2104, Jalan Beserah, Kuantan Pahang. Kami beroperasi sebagai pengedar dan pusat perkhidmatan 3S untuk kenderaan Mitsubishi baharu.

Setelah setahun beroperasi, kami antara 8 pengedar di Malaysia yang dilantik sebagai “Pengedar Armada 3 Diamond”.

Auto Pacifica Sdn Bhd

Auto Pacifica Sdn Bhd adalah salah sebuah anak syarikat ’Samling Strategic Corporation’. Kami adalah pengedar sah Mitsubishi dan mempunyai pusat service bertaraf 3S yang berpengkalan di Miri dan Bintulu.

Jimisar Autotrade Sdn Bhd

Jimisar Autotrade Sdn. Bhd. ialah pengedar sah 4S Mitsubishi terbesar di Sarawak. Selain memasarkan semua jenis kenderaan Mitsubishi, kami juga menyediakan Perkhidmatan Menyelenggara & Pembaikan Kenderaan Kemalangan. Kami juga membantu pelanggan dalam memperbaharui insurans dan cukai jalan. Kepuasan Pelanggan adalah keutamaan kami dan kami sentiasa berhasrat untuk memberikan Perkhidmatan Selepas Jualan yang cemerlang.