Di Mitsubishi, ketenangan anda sentiasa menjadi keutamaan kami. “Kami Jaga” adalah janji kami untuk memberikan perlindungan dan pemilikan tanpa kerisauan, agar anda boleh fokus pada perjalanan, sementara kami menguruskan yang lain. Dengan kepakaran teknikal bertaraf dunia dan jaminan penggunaan alat ganti tulen, kami menawarkan pengalaman servis yang telus, premium dan mengutamakan keselamatan anda.
Ia bukan sekadar membaiki kenderaan anda tetapi melindungi keselamatan anda, mengekalkan prestasi Mitsubishi anda, dan memberikan ketenangan fikiran setiap kali anda memandu.
Alat Ganti Tulen Mitsubishi
Direka khas untuk kenderaan anda, perlindungan yang tahan lama.
Juruteknik Yang Diperakui
Pakar terlatih yang tahu apa yang terbaik untuk Mitsubishi anda.
Jaminan Waranti
Setiap kerja dan alat ganti disokong oleh jaminan
Mitsubishi.
Penjagaan Menyeluruh
Setiap servis merangkumi pemeriksaan keselamatan dan prestasi.
Pakar Yang Tahu Apa Terbaik Untuk Mitsubishi Anda
Pakar Yang Tahu Apa Terbaik Untuk Mitsubishi Anda
Dilengkapi dengan sistem, pengetahuan dan peralatan terkini yang dibekalkan terus oleh Mitsubishi.
Daripada Triton yang lasak hingga Xpander terkini, kami memiliki pengetahuan mendalam merangkumi setiap generasi. Kami memahami kejuruteraan unik kenderaan anda untuk memberikan penjagaan yang tepat seperti diperlukan.
Kami mengendalikan setiap kenderaan seperti milik sendiri, memastikan setiap langkah memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti agar anda dan insan tersayang sentiasa selamat dalam setiap perjalanan.
Kepakaran Diiktiraf di Pentas Dunia
Kami bukan sekadar mencapai piawaian — kami menetapkan penanda aras. Mitsubishi Motors Malaysia berbangga dengan Ong Chee Hou, juruteknik kami yang diiktiraf sebagai terbaik dunia di Mitsubishi Global Service Skill Contest 2025.
Perjalanan Servis Mitsubishi Anda yang Lengkap
Servis tidak sepatutnya membebankan. Kami mempermudahkan segalanya supaya anda boleh terus fokus pada perjalanan. Daripada tempahan pantas melalui aplikasi hingga waktu berehat di ruang menunggu kami, setiap proses direka untuk berjalan lancar seperti pengalaman pemanduan anda.