Search
Close this search box.

Alat Ganti Tulen

Direka untuk Ketahanan.
Dipasang dengan Integriti.

Apabila anda memilih Mitsubishi, anda telah memilih untuk melabur kepada kebolehpercayaan dan keselamatan. Kenderaan anda direka sebagai satu sistem yang lengkap, dan setiap alat ganti tulen Mitsubishi dibangunkan untuk berfungsi dalam padanan sempurna dengan sistem tersebut. Walaupun alat ganti tiruan atau "aftermarket" mungkin menawarkan harga yang lebih rendah, penjimatan itu berkemungkinan akan memberi kesan kepada keselamatan dan prestasi kenderaan anda pada jangka masa yang panjang.

Kenapa Pakai Alat Ganti Tulen dari Mitsubishi?

Pad Brek

Komponen Keselamatan Utama

Direka khusus mengikut berat, kelajuan dan sistem brek model anda (contohnya Triton atau Xpander). Menggunakan bahan geseran tahan haba yang diperakui dan memastikan brek sentiasa berfungsi dengan baik disaat kecemasan.

PENTING

Katakan TIDAK Pada Pad Brek Tiruan

Pad brek tiruan boleh menyebabkan jarak membrek meningkat secara berbahaya, brek menjadi lemah ketika tekanan tinggi (seperti ketika menuruni bukit), serta akan menghasilkan bunyi yang bising. Nyawa anda dan penumpang bergantung kepada komponen ini dan ia perlu sentiasa berfungsi dengan sempurna.

Ketenangan Minda Dijamin, Hanya Dengan Alat Ganti Tulen

Gunakan pad brek tulen untuk kuasa membrek terjamin dan prestasi keselamatan standard kilang, walaupun dalam kecemasan.

Minyak Enjin

Nadi Prestasi

Dirumus khas dengan aditif yang disesuaikan mengikut komponen, toleransi dan suhu operasi enjin Mitsubishi. Memastikan kelikatan optimum untuk prestasi terbaik.

PENTING

Katakan TIDAK Pada Minyak Enjin Tiruan

Minyak enjin berkualiti rendah akan merosot dengan lebih cepat, menyebabkan geseran, haba enjin berlebihan dan pembentukan enap cemar dalam laluan penting. Ini mengakibatkan kehausan awal pada komponen kritikal (seperti turbocharger pada Triton) dan boleh membatalkan waranti kenderaan anda. Kerosakan enjin yang terhasil selalunya jauh lebih mahal berbanding penjimatan awal pada minyak enjin.

Ketenangan Minda Dijamin, Hanya Dengan Alat Ganti Tulen

Anda sedang melindungi komponen paling mahal dalam kereta anda—enjin kereta—serta memastikan kecekapan bahan api, operasi yang senyap, dan prestasi jangka panjang.

Bateri

Sumber Kuasa Kereta Anda

Dioptimumkan untuk prestasi maksimum dan direka khas mengikut keperluan kuasa Mitsubishi. Sangat penting untuk sistem elektronik kompleks seperti Xpander.

PENTING

Katakan TIDAK kepada Bateri Tiruan

Bateri tiruan boleh menyebabkan masalah enjin berulang dan membuatkan anda terkandas. Lebih teruk, voltan tidak stabil boleh merosakkan sistem elektronik sensitif termasuk komputer utama dan sistem infotainmen, lalu mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi.

Ketenangan Minda Dijamin, Hanya Dengan Alat Ganti Tulen

Kuasa penghidupan yang boleh dipercayai serta voltan stabil, melindungi keseluruhan sistem elektrik sensitif kenderaan anda.

Penapis Minyak Mitsubishi

Pelindung Kesihatan Enjin

Penapis Minyak Mitsubishi bertindak sebagai pelindung senyap enjin anda. Berfungsi seiring dengan Minyak Enjin Tulen untuk menapis kotoran halus, memastikan aliran minyak bersih dan mengekalkan prestasi jangka panjang.

PENTING

Katakan TIDAK Pada Penapis Minyak Tiruan

Penapis tiruan bukan sahaja membatalkan waranti kereta anda, malah boleh merosakkan enjin. Kualiti media yang rendah berisiko menyebabkan kekurangan pelinciran pada komponen seperti turbo. Aliran minyak terganggu, gagal menapis kotoran, dan risiko kegagalan mendadak boleh menyebabkan kebocoran serta kerosakan serius.

Ketenangan Minda Dijamin, Hanya Dengan Alat Ganti Tulen

Penapis Minyak Tulen Mitsubishi memberi kebolehpercayaan terjamin dan ketulenan optimum, memastikan pematuhan OEM serta perlindungan menyeluruh untuk enjin dan jaminan anda.

Perlindungan Yang Sentiasa Bersama Anda

Apabila anda servis bersama Mitsubishi, anda bukan sekadar mendapatkan pembaikan — tetapi juga ketenangan minda dengan jaminan waranti. Ia bukan sekadar perlindungan, tetapi keyakinan bahawa setiap langkah, alat ganti dan kerja disokong sepenuhnya oleh kami.

Waranti Alat Ganti

6 bulan waranti untuk alat ganti tulen atau perlindungan sehingga 10,000 km (yang mana terdahulu), memastikan kebolehpercayaan jangka panjang bagi setiap penggantian.

Waranti Bateri

Bateri yang sudah 1 tahun atau mencapai 20,000 km (yang mana terdahulu) dari tarikh pendaftaran.

Waranti Kilang

Waranti Terhad Kenderaan Baharu anda kekal terjamin apabila servis dilakukan mengikut keperluan menggunakan alat ganti tulen di Pusat Servis Sah Mitsubishi.