Triton Quest

DARI RM 79,890*

Untuk kawalan yang unggul dan berkuasa serta keselamatan yang tiada tandingan

Reka bentuk trak pikap terkini yang mempunyai semua yang anda perlukan untuk menjadikan pemanduan lebih mudah, berkuasa, tahan lama dan luar biasa dalam mengendalikan muatan berat untuk kerja, serta cukup versatil untuk digunakan di mana jua.

Seperti daya yang tidak mampu dihalang, Triton Quest ialah trak pikap yang mempunyai kuasa mencukupi untuk membawa muatan berat dan menjalankan perniagaan harian anda.

ENJIN DIESEL CAS TURBO 2.5 LITER BERKUASA

Dengan KUASA MAKS. 110 PS dan TORK MAKS. 200 Nm, enjin diesel cas turbo ini menghantar kuasa, pecutan dan kecekapan yang lebih hebat, memberi anda trak yang sempurna untuk memenuhi semua keperluan anda.

Triton Quest ini direka bentuk untuk membantu anda mengawal pemanduan dengan penuh keyakinan. Reka bentuk yang aerodinamik dan casis yang bertambah baik memberikan kestabilan, kebolehtahanan dan cengkaman yang lebih baik. Ini menjadikan Triton Quest salah satu rakan kerja yang boleh anda harapkan.

Casis yang Kuat

Reka bentuk aerodinamik dan rangka yang kuat memberikan pengendalian yang utuh, kestabilan yang unggul dan cengkaman yang lebih baik. Penambahbaikan pada casis menyebabkan pengurangan fenomena "body roll", peningkatan ketegaran dan kebolehtahanan yang lebih hebat.

Radius Pusingan Terbaik 5.7M

Pengemudian yang luar biasa, memudahkan anda memandu dan mengendali melalui ruang yang sempit.

Sistem Suspensi

Sistem suspensi Triton Quest yang teguh dicipta untuk muatan berat dan pengendalian yang tepat, memastikan pemanduan yang lancar dan stabil.

Mitsubishi Triton Quest ialah trak pikap yang mempunyai kekuatan yang tiada tandingan untuk memindahkan kapasiti muatan besar dengan mudah. Anda boleh melakukan semuanya dengan senang — semuanya disebabkan ciri-ciri keselamatan yang digabungkan dengan reka bentuk yang moden.

Tali pinggang keledar yang dilengkapi Penambat dan Pengehad Daya

Penambat menahan pemandu dan penumpang hadapan dengan kukuh di tempat duduk mereka semasa penggunaan beg udara bagi meminimumkan daya rempuhan ketika berlaku perlanggaran.

ABS dengan EBD

ABS mengekalkan keboleholahgerakan di sekeliling halangan di bawah pembrekan berat manakala EBD mengagihkan daya brek untuk mengurangkan jarak berhenti

BADAN RISE (EVOLUSI KESELAMATAN IMPAK DIPERKUATKAN)

Badan Evolusi Keselamatan Impak Diperkuatkan mempunyai zon ronyok yang melenyapkan impak perlanggaran dengan selamat.

Dua Beg Udara SRS

Melindungi pemandu dan penumpang hadapan dengan menyerap daya impak sekiranya berlaku perlanggaran depan.

ETACS - Sistem Kawalan Masa dan Penggera Elektronik

Bahagian utama dalam Triton Quest ini menenangkan minda anda daripada kerisauan harian seperti mematikan lampu depan dan mengunci pintu apabila anda tidak lagi berada di dalam kereta.

Reka bentuk yang memaksimumkan ruang

Setiap bahagian Triton Quest direka bentuk bagi memenuhi satu tujuan. Dengan Triton Quest, anda boleh mengharapkan perjalanan yang lebih selesa dan lancar.

Manfaatkan sepenuhnya pemanduan anda dengan ciri-ciri yang berguna dan mudah daripada Triton Quest ini.

Simpanan Rahsia

Mudah dicapai namun jauh daripada mata yang memerhati, simpanan rahsia di belakang tempat duduk belakang juga mempunyai jek dan set peralatan.

Paparan Pelbagai Informasi

Kabin yang luas berserta paparan pelbagai informasi yang memberikan maklumat penting tentang trak pikap kepada anda.

Sentiasa terdapat ruang lebih apabila anda memandu Triton Quest. Dengan ruang kargo sepanjang 1,520 mm dan seluas 1,470 mm, pemindahan barang anda menjadi semakin mudah.

Ruang Kargo Besar

Garis J berfungsi memberikan lebih ruang dan keselesaan untuk penumpang belakang di samping mengekalkan ruang kargo yang luas.

Kapasiti Muatan dan Pemuatan Mudah

Menyediakan semua ruang yang anda perlukan dengan kapasiti muatan besar hingga 970 kg*. Jarak yang sesuai dari tanah ke tailgate memudahkan proses pemuatan.

*Kapasiti muatan termasuk penumpang dan kargo.

gallery

Click image to englarge.

TERMA & SYARAT
*Nota: Sesetengah peralatan mungkin berbeza dari segi penampilan atau ketersediaan berdasarkan pasaran. Sila rujuk wakil pengedar Mitsubishi Motors tempatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut

  1. Mitsubishi Motors Malaysia berhak untuk mengubah sebarang butiran spesifikasi dan peralatan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  2. Butiran spesifikasi dan peralatan juga tertakluk pada perubahan bagi memenuhi syarat dan keperluan tempatan.
  3. Kenderaan dan spesifikasi mungkin berbeza daripada model yang boleh didapati di kawasan setempat. Warna badan dan aksesori kenderaan mungkin sedikit berbeza daripada ilustrasi.

CARI WAKIL PENGEDAR SAH

Cari lokasi bilik pameran atau pusat servis Mitsubishi berhampiran anda

MUAT TURUN RISALAH

Lihat dan muat turun risalah Mitsubishi terkini

KALKULATOR PINJAMAN

Kira anggaran bayaran balik bulanan untuk kereta anda