"Saya tukar selera dari sedan ke pikap 4x4. Saya gunakannya untuk daily used, family car, kerja angkut barang, beraktiviti, bersukan motor, off-road, 4x4 challenge, kerja amal dan sebarang pengangkutan selagi bergelar kenderaan pacuan 4 roda selagi itu saya menggunakan dengan sebaik mungkin.Sejujurnya, Triton bukan lah pilihan utama semasa memilih pikap 4x4. Selepas saya buat survey dan penilaian, dikuatkan lagi dengan hobi outdoor, ia menjadi punca kenapa saya memilih Triton. Setelah hampir 9 tahun pakai Triton model 2012 manual, ternyata semuanya tercapai dan sangat berpuas hati dengan Triton. Inshaallah kalau ade rezeki saya akan membeli Triton model baru tidak lama lagi."