Pasukan pakar pengurusan kenderaan Fleet kami yang berdedikasi di seluruh Malaysia bersedia untuk bekerjasama dan membantu untuk penyelesaian pengurusan kenderaan syarikat anda.
Pengedar kami yang berkemahiran dalam pengurusan fleet di seluruh Malaysia akan membantu anda cara terbaik untuk menguruskan keseluruhan kenderaan fleet syarikat anda.
EON Auto Mart, ditubuhkan pada Oktober 2003, adalah anak syarikat EON Berhad bawah Kumpulan DRB-HICOM. Pada tahun 2005, EON Auto Mart menjadi pengedar sah pertama Mitsubishi Motors Malaysia. Sehingga kini, kami mempunyai 9 cawangan di seluruh negara yang diwakili di kebanyakan bandar utama, menjadikan EON Auto Mart pengedar dengan rangkaian Mitsubishi Motors Malaysia yang terluas. Kami menyediakan 9 lokasi di Malaysia dengan 7 cawangan beroperasi sebagai pusat 3S. Kedai Badan & Cat kami yang sah terletak di Kota Damansara, Ampang, Kota Kinabalu dan Johor Bahru. Kami juga mempunyai Cawangan Servis Bebas yang terletak di Pengerang.
EON AUTO MART SDN BHD
Lot 834, Section 88A,
Damai Portal, Jalan Ampang,
55000, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Kami adalah anak syarikat Ingress Corporation Berhad di bawah Bahagian Pengedar Automotif, dan dikenali sebagai Ingress Motors Centre Sdn Bhd (IMC). Ditubuhkan pada Februari 2013, IMC adalah peneraju terkemuka dikalangan pengedar-pengedar sah Mitsubishi Motors Malaysia. Kami telah berkembang menjadi pengedar yang bereputasi tinggi, dengan kehadiran di empat (4) buah lokasi di seluruh Lembah Klang iaitu di Bandar Bukit Puchong (3S), Bangi Seksyen 8 (Bilik Pameran), Bangi Seksyen 13 (Pusat Servis dan Badan & Cat), Shah Alam Seksyen 23 (3S) dan Petaling Jaya Seksyen 51A (3S).
Di IMC, servis kami tidak terhenti pada penjualan kereta, tetapi bersedia menawarkan perkhidmatan yang berterusan. Dan itulah yang membezakan kami daripada persaing kami yang lain. Kami komited sepenuhnya bagi memastikan 100% kepuasan pelanggan . Setelah bertahun-tahun kami mempraktikkan cara yang betul, itulah sebabnya ia telah menjadi sebahagian daripada budaya kami untuk memastikan anda berada dalam persekitaran yang paling mesra, selesa dan jujur. Kami akan berusaha lebih keras untuk menunjukkan betapa kami menghargai perniagaan anda bersama-sama kami.
INGRESS MOTOR CENTRE SDN BHD
No.12, Jalan Bp 4/4, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong
Ahli kumpulan Oriental Holdings Berhad & syarikat bersaudara Boon Siew Sdn. Bhd. Jika anda sedang mencari tawaran hebat untuk Mitsubishi baharu anda, di sinilah tempatnya. Jika anda memerlukan perkhidmatan profesional untuk Mitsubishi anda, juruteknik terlatih kami bersedia menawarkan khidmat terbaik untuk anda.
Kami adalah pengedar yang memenangi anugerah cemerlang, dan kakitangan kami yang berpengalaman komited untuk membantu anda mencari solusi terbaik untuk memenuhi bajet dan keperluan anda. Kami sentiasa memenuhi keperluan automotif di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan diiktiraf sebagai salah satu ahli di bawah Program “3-Diamond Corporate Fleet” yang dilantik oleh Mitsubishi sebagai pengedar khusus mengendalikan jualan korporat di seluruh negara.
KAH CLASSIC AUTO
Wisma Kah Motor, No 566 Batu 3 1/2 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia
Lofty Ambition Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2013 oleh Encik Sam Chang, salah seorang yang tercalon sebagai orang yang paling berjaya di Malaysia oleh British Publishing House dalam buku mereka berjudul “Successful People In Malaysia 2nd Edition”.
Lofty Ambition memberi tumpuan kepada jualan dan penyelenggaraan automotif. Pengalaman bertahun-tahun bersama rakan kongsi strategik telah melengkapkan syarikat dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul untuk menawarkan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi kepada pelanggannya.
Lofty Ambition beriltizam menjadi penyedia sehenti yang lengkap dengan menawarkan perkhidmatan daripada penjualan kenderaan dan alat ganti, pembaikan dan penyelenggaraan, kerja mengecat, pengubahsuaian kenderaan & kerja badan, pembaharuan insurans, serta perkhidmatan penyelenggaraan am seperti penjajaran tayar dan roda serta pengimbangan.
Lofty Ambition mempunyai rangkaian perkhidmatan yang kukuh termasuk sebuah pusat 4S dan 2 pusat 3S di Perak dan akan terus mengembangkan perniagaannya pada masa akan datang.
LOFTY AMBITION
No. 81, Jalan Kuala Kangsar,
30010 Ipoh, Perak
JM Auto Gallery Sdn. Bhd. ialah anak syarikat Jayamas Motor Group of Companies. Kami telah menjadi pengedar sah Mitsubishi Motors Malaysia sejak 2006. Sehingga kini, kami mempunyai 3 cawangan di Pulau Pinang dan Kedah. 2 cawangan beroperasi sebagai pusat 3S, terletak di Butterworth dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang; 1 outlet ialah pusat 1+2S yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Pusat Badan & Cat kami yang sah terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Kami menawarkan rangkaian penuh produk Mitsubishi Motors dan merupakan penyelesaian sehenti untuk semua perkara berkaitan auto, termasuk perundingan jualan, servis dan penyelenggaraan kenderaan, pembaikan dan pengecatan badan kereta, tuntutan kemalangan, perkhidmatan kerosakan dan pembaharuan insurans.
JM AUTO GALLERY
Lot 2186, Jalan Kampung Gajah
12200 Butterworth, Pulau Pinang.
Auto Pacifica Sdn Bhd adalah salah sebuah anak syarikat ’Samling Strategic Corporation’. Kami adalah pengedar sah Mitsubishi dan mempunyai pusat service bertaraf 3S yang berpengkalan di Miri dan Bintulu.
AUTO PACIFICA
No. 2527, Boulevard Centre, Jalan Boulevard 3, 98000, Miri, Sarawak, 98000
Jimisar Autotrade Sdn. Bhd. ialah pengedar sah 4S Mitsubishi terbesar di Sarawak. Selain memasarkan semua jenis kenderaan Mitsubishi, kami juga menyediakan Perkhidmatan Menyelenggara & Pembaikan Kenderaan Kemalangan. Kami juga membantu pelanggan dalam memperbaharui insurans dan cukai jalan. Kepuasan Pelanggan adalah keutamaan kami dan kami sentiasa berhasrat untuk memberikan Perkhidmatan Selepas Jualan yang cemerlang.
JIMISAR AUTOTRADE
Lot 5364, Block 16, Kuching Central Land District, Jalan Sherip Masahor, 93350 Kuching, Sarawak
Okuan Motors Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 23hb Julai 2015 di Lot 2104, Jalan Beserah, Kuantan Pahang. Kami beroperasi sebagai pengedar dan pusat perkhidmatan 3S untuk kenderaan Mitsubishi baharu.
Setelah setahun beroperasi, kami antara 8 pengedar di Malaysia yang dilantik sebagai “Pengedar Fleet Three Diamond”.
OKUAN MOTORS
Lot 2104, Jalan Beserah, East Coast Garden, 25300 Kuantan, Pahang