KERETA KELUARGA

LEBIH DARIPADA KELAS

Pada zaman dahulu, kebanyakkan keluarga menggunakan kereta sedan atau wagon. Hari ini, definisi kereta keluarga tidak begitu jelas. Klasifikasi untuk kereta keluarga telah berkembang, dan keluarga kini mempunyai pilihan untuk memilih daripada pelbagai jenis kenderaan. Tiada peraturan atau spesifikasi yang pasti tentang perkara yang sepatutnya, dan semuanya bergantung kepada perkara yang paling sesuai untuk anda dan keluarga anda. Pilihan keluarga lain mungkin tidak sama untuk anda atau keluarga lain.

Bergantung pada saiz keluarga dan keperluan anda, ia boleh menjadi sedan atau crossover. Ketepikan bentuk dan saiz, apa yang sebenarnya mentakrifkan kereta keluarga ialah keupayaannya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga. Bagaimanakah kereta boleh melakukannya? Dengan menjadi selamat, berguna, selesa dan menyenangkan untuk dipandu.

APAKAH YANG MENJADIKAN SEBUAH KERETA MESRA KELUARGA

Walaupun sebarang bentuk kenderaan boleh menjadi kereta keluarga, kereta yang ideal mesti memenuhi tiga kriteria: ia mesti mempunyai ciri keselamatan terbaik, luas dan serba boleh untuk pengembaraan keluarga anda.

Keselamatan adalah keutamaan apabila memilih kereta keluarga, terutamanya apabila semua orang tersayang anda berada dalam satu kenderaan. Ia mesti dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini supaya anda boleh memandu dengan tenang.

Bahagian dalam yang luas adalah keperluan untuk kereta keluarga. Ia perlu mempunyai ruang yang cukup untuk memuatkan seisi keluarga dengan selesa semasa melakukan perjalanan jarak jauh, dan juga mempunyai kawasan kargo yang besar untuk menyimpan segala-galanya daripada beg sekolah anak-anak anda ke beg runcit daripada membeli-belah.

Kereta keluarga juga perlu serba boleh. Sama ada untuk perjalanan singkat ke pusat membeli-belah berdekatan atau perjalanan empat jam pulang ke kampung halaman anda, ia perlu menyesuaikan diri dengan keperluan anda dan bersedia untuk pengembaraan anda.

TEROKAI KERETA MITSUBISHI, DIBINA UNTUK KELUARGA ANDA

Sama ada anda merupakan keluarga aktif lima orang, atau pasangan yang tidak sabar untuk mengembangkan keluarga; sentiasa ada rangkaian ideal kereta keluarga Mitsubishi untuk dipilih. Dengan pilihan kenderaan lima dan 7 tempat duduk, semua kereta keluarga Mitsubishi boleh dipercayai dan dibina dengan teknologi terkini yang akan menjamin keselamatan keluarga anda dalam semua perjalanan anda.

Rangkaian kereta keluarga Mitsubishi kami menawarkan pelbagai pilihan kenderaan untuk keperluan keluarga yang berbeza. Crossover 7-tempat duduk paling serba boleh Malaysia – XPANDER ialah pilihan terbaik untuk keluarga yang lebih besar dan sentiasa ke sana dan ke sini, kerana ia sesuai untuk menghantar anak-anak ke sekolah atau perjalanan di jalan raya pada hujung minggu.

XPANDER