PROFIL SYARIKAT

PENGEDAR EKSKLUSIF MALAYSIA

Mitsubishi Corporation membentuk Mitsubishi Motors Malaysia pada 29 Januari 2005, yang bertindak sebagai pengedar kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia. Selain menjadi pengedar, Mitsubishi Motors Malaysia berusaha untuk membangunkan masyarakat yang cergas dengan merealisasikan potensi mobiliti.

Syarikat ini ditubuhkan oleh Mitsubishi Corporation yang memiliki 52% saham, dan Edaran Otomobil National (EON) Berhad yang memiliki 48% saham dengan modal berbayar RM60 juta.

VISI KAMI

Memberikan pengalaman unik dan memberi kepada pelanggan kami untuk pergi jauh dengan kenderaan kami.

Memberi pengalaman baharu kepada pelanggan kami dengan produk inovatif dan kecemerlangan perkhidmatan .

Memberi sumbangan positif terhadap pembangunan masyarakat kita yang lestari.

Bertindak sebagai syarikat yang boleh dipercayai.

Dengan "Ambition to Explore", Mitsubishi Motors boleh pergi ke mana-mana sahaja.

Dengan "Drive your Ambition", Pemandu Mitsubishi Motors boleh pergi ke mana-mana sahaja

Drive your ambition

PRINSIP KORPORAT

Setiap individu yang membentuk sebahagian daripada organisasi kami mematuhi prinsip asas ini untuk memastikan setiap keputusan perniagaan dan tindakan yang diambil boleh membawa kesan positif kepada pelanggan kami, perniagaan kami dan seluruh dunia.

Mitsubishi-company-profile-principle-icon1

TANGGUNGJAWAB KORPORAT KEPADA MASYARAKAT

Memberi sumbangan untuk mewujudkan masyarakat yang cergas dan lestari melalui aktiviti perniagaan kami dalam mengekalkan persekitaran global.

Mitsubishi-company-profile-principle-icon2

INTEGRITI DAN
KESAKSAMAAN

Menjalankan perniagaan dengan integriti dan saksama sambil mengekalkan prinsip ketelusan dan keterbukaan.

Mitsubishi-company-profile-principle-icon3

PEMAHAMAN ANTARABANGSA MELALUI PERDAGANGAN

Mengembangkan perniagaan berdasarkan perspektif global.

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Dedikasi kami terhadap kualiti, inovasi dan pembuatan produk kami tidak akan berhenti. Komitmen yang tidak berbelah bahagi ini telah memberikan kami pelbagai penghargaan sepanjang tahun.

NAMA ANUGERAH MODEL KATEGORI DIANUGERAHKAN OLEH