Notis Anti-rasuah
& Anti-korupsi

Anti-rasuah & anti-korupsi

Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (“Mitsubishi Motors Malaysia”) bertekad menjalankan semua urusan perniagaan, hubungan dan operasi dengan tahap etika dan integriti yang tertinggi sambil mengekalkan prinsip-transparensi dan keterbukaan. Mitsubishi Motors Malaysia mematuhi sepenuhnya semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan dengan anti-rasuah dan anti-korupsi, termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Mitsubishi Motors Malaysia mengamalkan dasar sifar toleransi serta pendirian yang tegas terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi.

Dasar Hadiah & Hiburan

Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa amalan memberi dan menerima hadiah perniagaan mungkin berbeza di antara negara, kawasan, budaya, dan agama. Oleh itu, Mitsubishi Motors Malaysia menerima tindakan hiburan dan kebaikan yang munasabah dan sesuai (sama ada diberi ataupun diterima oleh pihak ketiga) dengan syarat dan keadaan yang berikut:

  • Ia tidak dilakukan dengan niat untuk mempengaruhi pihak yang menerimanya, untuk mengekalkan perniagaan atau kebaikan perniagaan, atau sebagai pertukaran secara nyata/tersirat untuk sesuatu jasa atau manfaat.
  • Ia mematuhi undang-undang tempatan.
  • Ia tidak mewah, berlebihan, atau meragukan.
  • Ia tidak melibatkan wang tunai atau nilai yang setara wang tunai (contoh: baucar atau sijil hadiah).
  • Ia diberikan ataupun diterima secara terbuka dengan deklarasi dan kelulusan daripada pihak pengurusan Mitsubishi Motors Malaysia.
  • Ia sesuai dengan keadaan (contoh: memberi hadiah kecil semasa musim perayaan).

Pendedahan MAKLUMAT

Pekerja, pegawai dan rakan niaga Mitsubishi Motors Malaysia serta orang awam digalakkan untuk melaporkan sebarang salah laku di dalam Mitsubishi Motors Malaysia dengan mengisi dan menghantar Borang Maklumat Pendedahan dengan niat baik melalui saluran yang berikut.

Anda digalakkan untuk mengenal pasti diri anda dan memberikan maklumat perhubungan anda untuk membantu dengan siasatan. Maklumat perhubungan anda juga akan digunakan sebagai pencegahan laporan palsu ataupun laporan yang didorongi dengan niat jahat. Mitsubishi Motors Malaysia memberi jaminan bahawa semua laporan yang diterima akan dikendali dengan proses yang ketat.

Saluran Laporan Butiran Hubungan
1. Surat Sila sertakan borang pendedahan dalam sampul tertutup dengan tandaan "Peribadi & Sulit" dan hantar kepada:

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA SDN. BHD.
Tingkat 6, Bangunan A, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

Perhatian: Jawatankuasa Pendedahan
2. E-Mel Alamat E-mel terjamin:
internalcompliance@mitsubishi-motors.com.my ATAU
Pegawai Pematuhan Utama (CCO) di cco@mitsubishi-motors.com.my